ad
AGENDA

Nilai hartanah di Serendah dijangka naik empat kali ganda bila hab ECRL siap 2027

9 Ogos 2023, 9:17 AM
Nilai hartanah di Serendah dijangka naik empat kali ganda bila hab ECRL siap 2027
Nilai hartanah di Serendah dijangka naik empat kali ganda bila hab ECRL siap 2027

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 9 OGOS: Penduduk Serendah dijangka menerima manfaat apabila nilai hartanah di kawasan itu dijangka meningkat sehingga empat kali ganda apabila hab projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap pada 2027.

Dato' Menteri Besar berkata ia berikutan langkah Kerajaan Negeri menjadikan kawasan berkenaan sebagai pusat pertukaran kargo dan perkhidmatan pengangkutan kereta api dikenali sebagai Serendah Bypass.

[caption id="attachment_597122" align="aligncenter" width="810"] Dato' Menteri Bersar Dato' Amirudin Shari berucap pada penutup majlis taklimat dan penerangan kerja-kerja pemulihan projek terbengkalai pembesaran Kampung Serendah Perdana dan Desa Beringin di Dewan Komuniti Serendah, Hulu Selangor pada 9 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Sudah pasti harga (hartanah) lebih baik kerana kita akan wujudkan jalan kereta api yang akan pastikan semua kargo dari timur dan utara berhenti di sini sebelum teruskan perjalanan ke Pelabuhan Klang.

"Ia akan merangsang pembangunan pesat di Serendah kerana hab ini bukan hanya sediakan perkhidmatan pengangkutan keretapi tetapi turut sediakan perumahan, pusat komersial, kemudahan dan sumber manusia.

"Jika ramai orang bertumpu di sini saya percaya ia akan dapat tingkatkan nilai hartanah di kawasan ini sehingga empat kali ganda apabila hab ini siap dibangunkan pada 2027," kata Dato' Amirudin Shari.

Terdahulu beliau menghadiri majlis taklimat dan penerangan kerja pemulihan projek terbengkalai pembesaran Kampung Serendah Perdana dan Desa Beringin, di Dewan Komuniti Serendah di sini hari ini.

Beliau yakin Serendah berpotensi untuk dibangunkan dan yakin limpahan kemajuan ekonomi daripada pembangunan hab logistik ECRL akan memanfaatkan penduduk sekitar termasuk Rasah, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.