HULU LANGAT, 9 OGOS: Calon Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal berkata lebih banyak inisiatif dan program kebajikan untuk pekerja p-panggilan akan dilaksana sekirannya beliau terus diberi mandat.
Mazwan Johar berkata golongan berkenaan sudahpun menikmati kemudahan Pit Stop Rahmah di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, di sini yang siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 25 Julai dengan kos RM40,000 bawah dana Projek Selangor Penyayang.
[caption id="attachment_597082" align="aligncenter" width="733"] Calon Sungai Ramal Mazwan Johar di temui pada Jualan Ehsan Rahmah di Pekan Bangi pada 9 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]
“Kebanyakan golongan belia di DUN Sungai Ramal ini bekerja dalam bidang p-panggilan untuk menambah pendapatan mereka. Jadi penting untuk kita menjaga kebajikan mereka.
“Insya-Allah jika menang pada Sabtu ini, kita akan usahakan untuk terus bela kebajikan pekerja p-panggilan” katanya ketika ditemu pada program Jualan Ehsan Rahmah di Pekan Bangi di sini hari ini.
Mazwan berkata kemudahan rumah rehat itu adalah permulaan yang baik buat pekerja p-panggilan sekali gus dapat merancakkan ekonomi setempat.
[caption id="attachment_597084" align="aligncenter" width="812"] Calon Sungai Ramal Mazwan Johar membantu pengunjung di Jualan Ehsan Rahmah di Pekan Bangi pada 9 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]