ad
ADN

Tambah kemudahan sukan, riadah untuk belia di Paya Jaras

8 Ogos 2023, 3:23 PM
Tambah kemudahan sukan, riadah untuk belia di Paya Jaras

SHAH ALAM, 8 OGOS: Calon kerusi Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman mahu menambah kemudahan sukan untuk penduduk setempat khususnya membabitkan kawasan di taman perumahan.

Mohd Khairuddin berkata penambahan kemudahan sukan itu diperlukan berikutan bilangan golongan belia yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Sebagai EXCO sukan, sudah pasti keperluan golongan belia antara fokus utama Kerajaan Negeri. Hasil pertemuan bersama mereka sepanjang berkempen ini mereka menyuarakan mahukan kemudahan beriadah ditambag khususnya di taman perumahan.

“Kita ada tambah baharu dan naik taraf kemudahan sukan di taman-taman cuma mungkin terdapat kawasan yang perlu dibina tetapi tidak dapat dilaksana kerana membabitkan isu tanah.

“Namun, perkara ini bukan penghalang dan jika diberi mandat sekali lagi saya akan usahakan untuk menambah kemudahan sukan di taman perumahan,” katanya ditemui di pusat mengundi awal di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Kerusi Paya Jaras menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohd Khairuddin dan Dato’ Dr Halim Tamuri (Perikatan Nasional) serta Nurhaslinda Basri (Bebas).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.