ad
AGENDA

Mudah urusan semua pihak, Selangor sedia digitalkan perkhidmatan

7 Ogos 2023, 12:22 PM
Mudah urusan semua pihak, Selangor sedia digitalkan perkhidmatan

SHAH ALAM, 7 OGOS: Kerajaan Perpaduan Selangor sedia mendigitalkan sepenuhnya semua perkhidmatan bagi memudahkan urusan individu, syarikat dan agensi negeri ini.

Dato' Menteri Besar berkata perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan ditingkatkan melalui penubuhan pusat sehenti (OSC) bagi menyelesaikan masalah kritikal dalam tempoh 24 jam.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan perkara itu menjadi keutamaan pentadbiran ini selari tekad ketiga dalam Tawaran Kita Selangor iaitu perkhidmatan kerajaan yang cekap dan efisien.

"Gabungan perpaduan bersedia untuk mendigitalkan sepenuhnya kesemua perkhidmatan kerajaan untuk memudahkan rakyat menerima perkhidmatan," tulisnya di Twitter hari ini.

Pada 31 Julai, Amirudin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri melancarkan Tawaran Kita Selangor yang merangkumi banyak sektor penting bagi meneruskan kemajuan sedia ada.

Sebahagian kandungan yang terdiri daripada lima teras telahpun dimulakan pentadbiran Dato’ Menteri Besar itu manakala ada program termuat dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1688411796347179008[/embed]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.