ad
AGENDA

Anwar disambut meriah, laungan reformasi bergema di Taman Medan

6 Ogos 2023, 3:37 PM
Anwar disambut meriah, laungan reformasi bergema di Taman Medan
Anwar disambut meriah, laungan reformasi bergema di Taman Medan

PETALING JAYA, 6 OGOS: Laungan reformasi bergema di Dataran Anak Muda, Taman Medan malam ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di program Ceramah Umum Perpaduan DUN berkenaan.

Ketibaan perdana menteri diiringi kumpulan konvoi motosikal anak muda juga disambut meriah oleh penyokong pelbagai bangsa yang menanti kehadiran beliau.

[caption id="attachment_596734" align="aligncenter" width="739"] Kumpulan Blues Gang menghiburkan orang ramai ketika ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Dataran Anak Muda Jalan PJS 1/25, Petaling Jaya pada 6 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari serta calon Pakatan Harapan DUN Taman Medan Ahmad Akhir Pawang Chik dan calon Seri Setia Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Terdahulu kumpulan tersohor Blues Gang membuka tirai program berkenaan dengan menyampaikan lagu popularnya Apo Nak Dikato dan Mak Siti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.