ad
ADN

Cadang tanah Kerajaan Negeri alternatif perumahan generasi kedua

6 Ogos 2023, 1:20 PM
Cadang tanah Kerajaan Negeri alternatif perumahan generasi kedua

HULU SELANGOR, 6 OGOS: Prihatin dengan kesukaran generasi kedua memiliki kediaman sendiri mendorong Mohd Amran Sakir mengemukakan alternatif supaya tanah milik Kerajaan Negeri di kampung tradisi dijadikan tapak perumahan.

Calon Hulu Bernam itu bekata, langkah ini memberi peluang generasi kedua memiliki kediaman sendiri pada harga lebih murah berbanding projek perumahan oleh pemaju.

"Tujuan saya adalah cuba beri alternatif perumahan kepada generasi kedua. Untuk makluman di Hulu Bernam ini kita mempunyai tanah Kerajaan Negeri di hampir semua kampung tradisi.

"Saya bercadang menyediakan tapak perumahan yang mana lebih mudah untuk dimiliki penduduk berbanding kita sediakan kawasan perumahan kerana memerlukan belanja lebih besar tetapi kalau tapak perumahan begini lebih murah," katanya kepada Media Selangor.

Cadangan itu merupakan salah satu agenda yang akan diperjuangkan beliau sekiranya memenangi kerusi Hulu Bernam pada Pilihan Raya Negeri Selangor.

PRN Selangor bagi kerusi Hulu Bernam menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Amran menentang calon Perikatan Nasional Mui’zzuddeen Mahyuddin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.