ad
AGENDA

Amirudin: PN bentang manifesto tetapi tiada umum calon MB

5 Ogos 2023, 7:29 AM
Amirudin: PN bentang manifesto tetapi tiada umum calon MB

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato' Seri Amirudin Shari hairan Perikatan Nasional (PN) belum menamakan calon Dato' Menteri Besar pilihan mereka.

Amirudin, yang kekal menerajui negeri jika gabungan HARAPAN-Barisan Nasional menang, mempertikai sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentang manfesto tetapi PN tidak menamakan calon Dato' Menteri Besar.

"Kenapa Muhyiddin yang umum manifesto PN Selangor? Adakah sebab PAS tidak setuju (Dato' Seri Mohamed) Azmin (Ali) jadi calon MB (menteri besar)?" katanya di Twitter hari ini.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1687688976084426752

Beliau menyatakan "rasa peliknya" itu dalam ceramah di Ijok dan Permatang, Kuala Selangor malam tadi, mengupas tindakan bekas pegawai Azmin yang mencadangkannya sebagai bakal Dato' Menteri Besar.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan ingin melantik seorang pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri ini tetapi sengaja tidak mahu menamakan sesiapa.

Ketika nama Azmin disebut-sebut, beberapa pemimpin PAS Selangor tidak menyatakan persetujuan mereka. Malah, mereka beranggapan ada calon lain yang lebih layak.

Dewan Pemuda PAS Selangor bagaimanapun mencadangkan calon Sijangkang Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menduduki kerusi tersebut.

Dua lagi pemimpin kanan parti itu Iskandar Abdul Samad dan Roslan Shahir Mohd Shahir menyifatkan "ramai calon lain yang turut layak dinamakan untuk jawatan tersebut".

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.