ad
ADN

Wan Azizah yakin calon Ijok mampu beri khidmat terbaik

5 Ogos 2023, 7:13 AM
Wan Azizah yakin calon Ijok mampu beri khidmat terbaik

OLEH JULIANA JOHAR

KUALA SELANGOR, 5 OGOS: Calon Ijok Amidi Abdul Manan diyakini mampu menjalankan tugas dengan baik dalam menjaga kebajikan penduduk jika diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi majlis penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyifatkan bekas pensyarah Universiti Selangor itu seorang yang berkaliber dan tidak kekok mendekati rakyat.

“Pakatan Harapan tawarkan (calon berpotensi) tetapi yang memilihnya adalah pengundi. Insya-Allah, Amidi akan memberikan khidmat terbaik," kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak ditemui pada majlis aqiqah di Kampung Jasa Setia, di sini hari ini sebagai sokongan kepada calon bertanding.

Dalam PRN yang berlangsung 12 Ogos, Amidi berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Jefri Mejan dan Tan Cat Keong mewakili Bebas.

Kerusi Ijok dimenangi KEADILAN sejak 2008.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.