ad
BERITA UTAMA

Usaha pulih Sungai Klang berhasil, kualiti air cecah kelas tiga

5 Ogos 2023, 2:10 AM
Usaha pulih Sungai Klang berhasil, kualiti air cecah kelas tiga

SHAH ALAM, 5 OGOS: Sungai Klang sudah lama dikenali dengan timbunan sampah dan bau yang kurang menyenangkan. Namun, Kerajaan Negeri berusaha memulihkan sungai ini, termasuk mengindah dan membangunkan tanah di pinggirnya.

Idea asal pembangunan Sungai Klang sudah muncul sejak awal pentadbiran Pakatan Harapan tetapi mulai 2018, projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) mula menampakkan pelbagai hasil.

Selain sampah dan bau, SMG yang dijayakan oleh Landasan Lumayan Sdn Bhd juga menggerakkan usaha mendalam dan melebarkan sungai bagi mengawal banjir di kawasan terbabit.

Usaha ini sebahagian daripada projek pembangunan rantau dalam pelan lima tahun Rancangan Selangor Pertama (RS-1) hingga 2025.

Selain Zon Pembangunan Ekonomi SMG, dua lagi kawasan dimajukan Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS) dan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA).

Hasil usaha keras Landasan Lumayan memulihkan Sungai Klang, syarikat milik penuh Kerajaan Negeri ini memenangi anugerah Green World Awards 2023. Butiran lengkap seperti di bawah:

Kualiti air

  • lebih baik, kini Kelas 3 daripada Kelas 5
  • cecah Kelas 1 musim hujan
  • masalah bau makin kurang
  • empat stesen pemantauan kualiti air
  • dua mesin kaut sampah Interceptor

Sampah

  • kutip 86,449 tan metrik (mula 2016)
  • tujuh perangkap sampah (log boom)
  • jaya kutip 63 peratus (2022), lepasi sasaran awal 40 peratus

Tebatan banjir

  • nilai RM700 juta
  • fasa awal: Bukit Lanchong ke Taman Sri Muda - kos RM249 juta
  • lebarkan, dalamkan sepanjang 56km
  • dari Mid Valley ke muka kuala

Nilai ekonomi

  • luas 27,960 hektar (termasuk pulau di depan muka kuala)
  • kawasan ekonomi 22,780 hektar dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang
  • kawasan ekonomi 5,180 hektar di tiga majlis bandar raya: Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang
  • jumlah pelaburan RM2.2 bilion (anggaran)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.