ad
AGENSI

Biaya hingga RM500,000 bantu usahawan PKNS luas rangkaian niaga

2 Ogos 2023, 6:31 AM
Biaya hingga RM500,000 bantu usahawan PKNS luas rangkaian niaga
Biaya hingga RM500,000 bantu usahawan PKNS luas rangkaian niaga

SHAH ALAM, 2 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memeterai kerjasama bersama Agrobank bagi membantu usahawan mendapatkan modal tambahan sehingga RM500,000.

Ketua pegawai eksekutif PKNS berkata pembiayaan tersebut juga membolehkan usahawan bawah BizClub meluaskan rangkaian perniagaan termasuk memasarkan produk ke luar negara.

"Menerusi modal tambahan ini juga, ia dapat membantu usahawan melaksanakan perancangan perniagaan daripada segi pembelian mesin atau penambahbaikan bungkusan," kata Dato' Mahmud Abbas.

[caption id="attachment_596117" align="aligncenter" width="736"] Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato' Mahmud Abbas (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato' Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (kanan) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menerusi tawaran pembiayaan kepada usahawan bawah Bizclub PKNS di ibu pejabat PKNS, Shah Alam pada 2 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Ketua Pegawai Eksekutif AgroBank Dato' Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussi di ibu pejabat PKNS di sini hari ini.

Sementara itu, Tengku Ahmad Badli Shah menyasar pembiayaan sehingga RM25 juta bagi tempoh dua tahun untuk usahawan mengembangkan perniagaan dan bersedia menambah dana mengikut keperluan.

"Kerjasama strategik ini diharap memberi manfaat kepada usahawan membina perniagaan mereka. Kami yakin kepelbagaian produk pembiayaan ditawar menyelesaikan kewangan golongan sasar," katanya.

Menerusi kerjasama itu, pelbagai program pembiayaan ditawarkan seperti Pemulih Mikro Kredit, yang melibatkan pembelian aset dan modal pusingan bagi aktiviti berasas pengeluaran makanan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.