ad
AGENDA

MB sampaikan anugerah khidmat cemerlang, harap warga pendidik terus bersemangat

1 Ogos 2023, 4:53 AM
MB sampaikan anugerah khidmat cemerlang, harap warga pendidik terus bersemangat
MB sampaikan anugerah khidmat cemerlang, harap warga pendidik terus bersemangat

PETALING, 1 OGOS: Seramai 982 guru yang mengajar di sekolah sekitar Petaling Perdana serta pegawai pejabat pendidikan daerah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 hari ini.

Anugerah disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shin Cheng, Puchong di sini sebagai pengiktirafan kepada golongan berkenaan dalam mendidik anak bangsa.

Amirudin dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap segala usaha, komitmen dan pengorbanan diberikan warga pendidik dalam proses melahirkan pelajar cemerlang.

[caption id="attachment_595967" align="aligncenter" width="570"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersalaman bersama guru-guru pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 PPD Petaling Perdana yang diadakan di Dewan SJKC Shin Cheng (Harcroft), Puchong pada 01 OGOS 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“Penerima bukan dipilih secara semberono, suka-suka namun berdasarkan kriteria yang dilihat menerusi pelbagai aspek antaranya kesungguhan dalam tugasan, keterlibatan sosial serta menampilkan integriti tinggi dan komitmen penuh.

“Semoga kejayaan ini menjadi contoh dan semangat baharu kepada golongan pendidik serta mewujudkan persaingan sihat demi membantu pembangunan negara,” katanya merasmikan majlis berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.