ad
AGENDA

Tiga penggal di DUN Sungai Tua, MB berjaya selesai isu banjir

31 Jul 2023, 12:26 AM
Tiga penggal di DUN Sungai Tua, MB berjaya selesai isu banjir

GOMBAK, 31 JULAI: Kejayaan menangani isu banjir di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua antara pencapaian terbesar Dato' Seri Amirudin Shari sejak memegang kawasan itu.

Mempertahan sekali lagi kerusi yang dimenangi sejak 2008, Dato' Menteri Besar memaklumkan projek pembesaran jalan raya terutama di kawasan kampung turut giat dilaksana.

"Sebenarnya 99 peratus kita selesaikan masalah banjir di seluruh Sungai Tua. Misalnya dulu pada 2009, 2010 tiap-tiap minggu saya meranduk banjir sampai paras dada di Kampung Laksamana.

"Sepanjang jalan ini pula (Kampung Bahtera) kita buat pembesaran pada penggal lepas. Jalan ke belakang sikit, kita buat projek sama. Jadi ini ke yang mahu diubah (kerajaan)?" soalnya.

Berucap pada Jelajah Madani DUN Sungai Tua malam tadi, beliau juga tekad meneruskan pembangunan dan membela kebajikan penduduk di kawasan berkenaan jika diberi mandat sekali lagi.

"Kita bersama selama 15 tahun. Saya minta penduduk Sungai Tua bantu saya untuk catat kemenangan kembali di sini. Kita ingin teruskan kebangkitan, angkat suara dan darjat rakyat," katanya.

Hari penamaan calon PRN Selangor, dan lima negeri lain, berlangsung 29 Julai lalu. Hari mengundi pula pada 12 Ogos.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.