ad
AGENDA

Anwar hargai khidmat cemerlang Halimey, Shatiri Mansor sepanjang jadi wakil rakyat

30 Jul 2023, 12:49 AM
Anwar hargai khidmat cemerlang Halimey, Shatiri Mansor sepanjang jadi wakil rakyat

SUBANG JAYA, 30 JULAI: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) merakam penghargaan kepada Halimey Abu Bakar dan Shatiri Mansor atas khidmat cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim  menyifatkan bekas ahli dewan negeri Seri Setia dan Kota Damansara sebagai pemimpin berwibawa yang terus memberi sokongan kepada HARAPAN walau mereka tidak lagi bertanding.

“Mereka ini bagi bertanding setia, tak bertanding lagi setia. Mana mahu cari macam itu?

"Inilah yang dikatakan disiplin dalam perjuangan,” katanya berucap di hadapan kira-kira 1,000 orang pada ceramah Arus Merah Kuning di sini malam tadi.

Perdana menteri turut menjelaskan pertukaran calon di DUN Kota Damansara pada pilihan raya negeri (PRN) bagi memberi ruang kepada tokoh muda iaitu, Muhammad Izuan Ahmad Kasim.

Kerusi DUN Seri Setia yang disandang Halimey pula digantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Dr Fahmi Ngah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.