ad
AGENDA

Calon baharu HARAPAN yakin kekalkan kerusi DUN Permatang, Meru

29 Jul 2023, 6:41 AM
Calon baharu HARAPAN yakin kekalkan kerusi DUN Permatang, Meru
Calon baharu HARAPAN yakin kekalkan kerusi DUN Permatang, Meru

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR dan NINA FARZUIN MD SHAROM

TANJUNG KARANG, 29 JULAI: Calon HARAPAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru Mariam Abdul Rashid tidak gentar berdepan saingan tiga penjuru dan yakin berpeluang memenangi kawasan itu dengan kerja keras jentera parti.

"Jika kerjasama jentera perpaduan disusun kemas, DUN Meru akan kita tawan. Ini adat pertandingan dan amalan demokrasi dalam negara yang membenarkan mana-mana parti bertanding,” katanya.

Selain Mariam, dua lagi calon turut merebut kerusi itu iaitu M Sivaranjani mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Hasnizam Adham dari PN.

Sementara itu HARAPAN DUN Permatang Mohd Yahya Mat Sahri akan menggunakan slogan 'Pak Ya Ready' sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN).

[caption id="attachment_595624" align="aligncenter" width="769"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Mohd Yahya Mat Sahri ditemui selepas penamaan calon di Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang pada 29 Julai 2023. Foto Najamuddin Mohd Nor/SELANGORKINI[/caption]

Menurutnya gelaran yang diambil daripada singkatan namanya 'Pak Ya' menunjukkan kesediaannya berkhidmat pada bila-bila masa jika dipilih rakyat pada 12 Ogos nanti.

"Slogan ini menunjukkan saya 'ready' atau bersedia berkhidmat untuk rakyat di DUN Permatang bagi tempoh lima tahun. Saya akan bekerja untuk rakyat. Pak Ya Ready!" katanya di sini.

Beliau yang juga calon baharu dicabar Nurul Syazwani Noh dari Perikatan Nasional (PN) dalam saingan dua penjuru. Kerusi itu dimenangi HARAPAN pada 2018.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.