ad
AGENDA

Juwairiya guna pengalaman pimpin DUN Bukit Melawati majukan Hulu Kelang

29 Jul 2023, 5:39 AM
Juwairiya guna pengalaman pimpin DUN Bukit Melawati majukan Hulu Kelang

GOMBAK, 29 JULAI: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak gentar berdepan bekas Menteri Besar Selangor dalam saingan dua penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Sebaliknya, Juwairiya Zulkifli menegaskan akan memikul amanah itu sebaik mungkin untuk menewaskan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak gentar sebab dia (Azmin) bukan orang asing. Bekas bos saya juga. Tidak perlu saya gentar kerana ini amanah rakyat," katanya ditemui selepas penamaan calon di sini.

Beliau turut menjadikan pencapaian lima tahun sebagai wakil rakyat Bukit Melawati dalam penggal lalu sebagai taruhan dalam kempennya menawan hati pengundi Hulu Kelang.

“Saya percaya perkhidmatan selama lima tahun (di Bukit Melawati) mampu merebut kerusi baharu. Memang ada risiko tetapi saya tidak akan kecewakan penduduk Hulu Kelang,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-14, DUN Hulu Kelang dimenangi Saari Sungib mewakili HARAPAN dengan majoriti 15,349 undi menewaskan dua lagi calon lain.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.