ad
BUDAYA

Hadapan Televizija

29 Jul 2023, 12:00 AM
Hadapan Televizija

 

malapterang membungkus

bingkai dan kaca, berselang-selang

siaran menumpah dan cicir

ke sekitar

kerana kita ialah saksi

sedang melunas kehendak sejiwa

antara pejal yang terhampar dan bertemu

seperti

uratmu berkemas demi

cengkamanku yang keras

seperti

kita mencipta dan melafaz

dua lenguh, dua desah

yang membenamkan kata

menjadi raga

bingkai dan kaca mengecil

dari pembesar, suara bersahut sendiri.

 

Clariessa Kesulai

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.