Di mana tumpahnya kemajuan Selangor, kalau tidak kepada rakyatnya. Nikmat peningkatan ekonomi negeri dipulangkan semula kepada penduduk menerusi lebih 45 program kebajikan.
Menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP), Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM600 juta bagi membantu semua lapisan masyarakat, dari kanak-kanak hingga warga emas. Tiada golongan sasar yang tercicir.
Kejayaan ini boleh didapati dalam Laporan Pencapaian & Prestasi Kerajaan Negeri Selangor 2018-2023. Dokumen ini boleh dimuat turun di amirudinshari.com
KEBAJIKAN DAN KOS SARA HIDUP
[caption id="attachment_588471" align="aligncenter" width="745"] Penduduk membeli barangan keperluan dapur program Jualan Ehsan Rakyat (JER) DUN Seri Serdang di Surau Nurul Huda, Kampung Kenangan, Puchong pada 21 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]
Jualan Ehsan Rakyat
- jualan barang asas 30 peratus lebih murah berbanding pasaran
- dilaksana di 2,400 lokasi dan manfaatkan 4.5 juta penduduk
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)
- perlindungan insurans am berkumpulan percuma
- dilindungi sehingga RM10,000 jika hilang keupayaan kekal dan kematian sebab kemalangan
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
- 30,000 keluarga terima manfaat
- bantuan RM300 sebulan beli keperluan
Pengecualian cukai taksiran
- pengecualian taksiran rumah kos rendah dan kampung
Skim Jaminan Air Mentah (SJAM)
- rawatan air di kolam takungan
- bina infrastruktur pengepaman dari kolam takungan Sungai Selangor
- pemantauan 24 jam pasukan tindakan segera
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
- baucar beli- belah RM150 untuk warga emas
Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)
- baucar beli-belah RM150 untuk OKU
Jom Shopping Perayaan
- baucar beli-belah untuk golongan kurang mampu beli persiapan raya
Smart Selangor Parking
- bayar parkir guna aplikasi. Dapat sambutan 2.9 juta pengguna
[caption id="attachment_586266" align="aligncenter" width="727"] Penyampaian inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI[/caption]
Roda Darul Ehsan (RiDE)
- pekerja p-panggilan terima RM500 serta caruman KWSP RM50
Bantuan kemanusiaan semasa pandemik
- lebih 10,000 lesen sementara untuk peniaga semasa Covid-19
Baucar Halal Selangor
- baucar halal RM100 untuk 2,800 penduduk pendapatan rendah
Dana Bantuan Guaman Selangor
- khidmat guaman percuma untuk wanita dan golongan kurang mampu
Tingkat capaian internet Selangor
- kad SIM untuk 70,000 warga Selangor nikmati internet percuma 12 bulan
[caption id="attachment_463207" align="aligncenter" width="794"] Pengguna Bas Smart Selangor mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sebelum menaiki pengangkutan awam itu di hentian bas Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Bas Smart Selangor
- perkhidmatan 166 bas percuma di 50 laluan
Bina dan baik pulih rumah Orang Asli
- peruntukan RM1 juta bina atau baik pulih rumah Orang Asli
Latihan untuk OKU
- kursus jahitan, bakeri, pengurusan pejabat, teknologi digital untuk OKU
BELIA DAN PELAJAR
[caption id="attachment_587581" align="aligncenter" width="805"] Orang ramai hadir mencari peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya Mega Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 17 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]
Karnival Kerjaya Mega Selangor
- tawarkan 50,000 pekerjaan
- sasar kadar pengangguran Selangor kekal bawah empat peratus
Program Tuisyen Rakyat Selangor
- belajar dalam talian bantu calon SPM dan murid tahun enam
Iltizam Mahasiswa Selangor
- insentif RM1,000 kepada anak Selangor di universiti awam dan swasta
Peduli Siswa
- bantu biaya anak Selangor belajar sijil, diploma dan sarjana muda
Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)
- subsidi yuran universiti untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana
Iltizam Pendidikan Fardhu Ain
- subsidi yuran KAFA RM30 sebulan manfaat 38,632 murid B40
Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor
- latihan dan keusahawanan ikut industri dan kemahiran
[caption id="attachment_591460" align="aligncenter" width="809"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA pada 7 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
Bantuan Sekolah Negeri Selangor
- sebanyak 988 sekolah di Selangor terima RM26.5 juta tahun ini
Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)
- pinjaman komputer daripada perpustakaan awam Selangor
WANITA DAN KELUARGA
Iltizam Anak Selangor
- tabungan RM100 setahun (selama lima tahun) untuk 30,000 bayi lahir mulai 2022 dalam Sijil Simpanan Premium Nasional
Skim Bantuan Tadika Selangor
- bantuan yuran tadika RM50 sebulan untuk anak lima dan enam tahun
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar
- bantuan yuran taska RM100 sebulan (anak keluarga B40 dari empat tahun ke bawah)
[caption id="attachment_576343" align="aligncenter" width="745"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (lima, kanan) bersama penerima bantuan makanan berkhasiat Anak Selangor Anak Sihat (ASAS). Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]
Program Anak Selangor Anak Sihat
- bantuan makanan dan vitamin enam bulan untuk anak lima tahun ke bawah alami masalah tumbesaran
Pendidikan penjagaan kanak-kanak
- kursus pengasuhan di rumah, memanfaat 352 wanita
Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSEL)
- pemeriksaan barah payudara percuma wanita 50 tahun ke atas
Inisiatif Halal Suri
- bantu niaga makanan sejuk beku dengan kerjasama Koperasi Warga Hijrah Selangor
[caption id="attachment_594245" align="aligncenter" width="758"] EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (kanan) ditemani Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Gan Pei Nei menyampaikan sijil kepada graduan Anak Istimewa Selangor (ANIS) sempena majlis perasmian sambutan Hari Kanak-Kanak anjuran YAWAS di Prasekolah ANIS Seksyen 7, Shah Alam pada 27 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)
- bantuan kos rawatan dan pendidikan anak OKU sehingga RM 5,000
PERUMAHAN
[caption id="attachment_467669" align="aligncenter" width="758"] Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima kunci rumah selepas merasmikan majlis penyerahan kunci Rumah Selangorku di Taman Bukit Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 10 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Dasar Rumah Selangorku 3.0
- bina 60,000 rumah mampu milik menjelang 2025
- dijual dari RM42,000 hingga RM250,000 selain dilengkapi kelengkapan asas
- Rumah Idaman Rakyat Selangor lengkap dua parkir, penyaman udara di tiga bilik tidur, pemanas air di dua bilik air, kabinet dapur, televisyen, peti sejuk dan almari pakaian
Skim Smart Sewa
- sewa rumah pada kadar berpatutan, 782 individu sertai skim
Skim 2STAY
- program sewa milik golongan B40 gagal dapat pembiayaan, kurang berkemampuan atau belum ada rumah
Skim Selangorku to ownership (S2-own)
- seramai 249 pemilik rumah setinggan mendapat Rumah Selangorku Jenis A
Insurans pangsapuri kos rendah
- bantu penduduk baiki kediaman rosak akibat bencana
- Selangor tanggung RM4.3 juta baik pulih pada 2022
[caption id="attachment_569897" align="aligncenter" width="797"] EXCO Perumahan Rodziah Ismail (dua kiri) menandatangani plag bagi perasmian projek fizikal bandar berdaya huni (SDGS 11) di Pangsapuri Cemara Taman Bukit Segar Jaya Cheras pada 4 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
Skim Ceria
- baiki kerosakan di 48 pangsapuri kos rendah dan sederhana
Buka pasar mini murah di pangsapuri
- kios atau pasar mini harga murah di flat terpilih bantu golongan pendapatan rendah
Bina baru dan baik pulih rumah
- inisiatif manfaat 38 orang B40 bina dan baik pulih rumah
Tingkat kecekapan hartanah berstrata
- lancar aplikasi pintar urus hartanah berstrata
KESIHATAN
[caption id="attachment_573278" align="aligncenter" width="746"] Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Iltizam Selangor Sihat
- perlindungan kesihatan untuk 100,000 pemegang polisi dan 150,000 ahli keluarga
Saringan kesihatan percuma (Selangor Saring)
- ujian tekanan darah, air kencing dan kandungan gula secara percuma
Bantuan Sihat Selangor
- rawatan dialisis, alat perubatan, katarak, pembedahan kecil dan kaki palsu
Ujian Saringan Selangor Kanser
- ujian mammogram, prostat, kolorektal dan pangkal rahim percuma manfaat 9,014 orang
Skim rawatan jantung
- pembiayaan rawatan jantung sehingga RM50,000
Rawatan tuberculosis
- 2,762 pesakit tuberculosis peroleh bantuan kewangan untuk rawatan
Pemeriksaan kesihatan mata
- 10,464 rakyat dapat pemeriksaan mata percuma
Selangor Mental Sihat (SEHAT)
- saringan kendiri menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) mengesan tanda murung atau stres
USAHAWAN
Pengecualian fi lesen penjaja
- pengecualian fi memanfaatkan 495,999 peniaga serta penjaja kecil
[caption id="attachment_569793" align="aligncenter" width="776"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima bantuan Hijrah Selangor ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Hulu Langat di Taman Impian Ehsan, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
Skim Hijrah Mikro Kredit
- seramai 36,623 usahawan peroleh pinjaman RM5,000 hingga RM100,000
Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
- bantuan mesin niaga sehingga RM10,000 kepada individu pendapatan RM3,000 ke bawah
Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)
- bantuan hingga RM30,000. Sehingga Jun, 600 usahawan dibantu
[caption id="attachment_587098" align="aligncenter" width="752"] EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi Ganabatirau Veraman (tengah) bergambar bersama penerima bantuan blueprint selepas majilis Penyerahan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) daerah Klang di Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Klang pada 14 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
Pembangunan Usahawan India Selangor (i-Seed)
- RM3.34 juta bantu seramai 639 usahawan kaum India
Selangor Youth Community (SAY) Aspire
- bantu usahawan belia, lahirkan usahawan seperti Medics-pet, Popsmalaya dan Innersejuk
Anugerah Peniaga e-Dagang Utama Malaysia
- penghargaan peniaga e-dagang tempatan yang berjaya, kreatif, inovatif
Kursus penyediaan makanan halal
- kursus supaya usahawan menghasilkan produk halal
WARISAN
Warta nasi ambeng sebagai makanan warisan Selangor
- pewartaan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat)
- bertujuan memulihara dan mengekalkannya sebagai makanan warisan negeri ini
[caption id="attachment_590613" align="aligncenter" width="742"] EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah bersama pengunjung melihat proses penghasilan Batik Selangor pada program Kenduri dan Rewang Sekampung DUN Tanjung Sepat pada 2 Julai 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah[/caption]
Pelancaran Batik Selangor
- Batik Selangor bercorak bunga tanjung kelopak sembilan diisytihar Kerajaan Negeri pada 1 Disember 2022
- corak bunga tanjung kelopak sembilan simbolik sembilan daerah di Selangor
Program Kita Rewang Sekampung
- dilaksana di sembilan daerah dan berjaya himpunkan antara 1,500 hingga 3,000 penduduk menjayakan majlis atau kenduri
[caption id="attachment_534553" align="aligncenter" width="724"] DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat buku Kebaya Selangor oleh Rohayu Mohd Yunus ketika melawat reruai pameran sempena Majlis Pelancaran Buku-Buku Terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 8 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
Pelancaran buku-buku terbitan Padat
- tujuh buku dilancar Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin iaitu Kebaya Selangor, Penyelidikan Terkini Nisan Aceh, Kesenian Telepuk Alam Melayu Selangor, Warisan Telepuk Alam Melayu, Sulaman Kelingkan Melayu, Wau Kapal dan Tarian Piring Selangor
ALAM SEKITAR
200 kilang plastik kitar semula haram ditutup
- menerusi program pemutihan, kilang itu ditutup bermula 2019
Kempen beg plastik guna semula & Zero beg plastik
- inisiatif kurangkan guna beg plastik
- pelaksanaan kutipan caj beg plastik sebanyak RM0.20