ad
EXCO

Projek turap jalan capai 80 peratus, siap sepenuhnya bulan depan

27 Jul 2023, 9:52 AM
Projek turap jalan capai 80 peratus, siap sepenuhnya bulan depan

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerja turapan jalan secara besar-besaran bermula bulan lalu di sembilan daerah di Selangor mencecah 80 peratus setakat ini, maklum EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim menjangka pelaksanaan kerja bawah Projek Turapan Mega dengan kos RM50 juta membabitkan jarak 94.9 kilometer siap awal Ogos bagi manfaat rakyat.

"Setakat ini, kerja turapan jalan berjalan dengan baik, namun sedikit lewat berbanding sasaran hujung bulan ini berikutan beberapa isu peralatan dan kuari.

"Bagaimanapun, kita cuba segerakan supaya siap sepenuhnya awal bulan hadapan," katanya ditemui dalam sebuah majlis di Kelab Shah Alam di sini hari ini.

Projek turapan jalan melibatkan 118 jalan di negeri ini bagi memastikan keadaan jalan baik selain meningkatkan keselamatan pengguna dan mengurangkan risiko kemalangan.

Sebanyak 66 jalan di Petaling diturap diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.