ad
AGENDA

Lebih 10 juta rakyat B40, M40 bakal terima kredit e-tunai RM100

27 Jul 2023, 3:31 AM
Lebih 10 juta rakyat B40, M40 bakal terima kredit e-tunai RM100

SHAH ALAM, 27 JULAI: Putrajaya hari ini bersetuju menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan inisiatif tersebut dibuat berikutan kejayaan dan dampak besar program e-tunai kepada masyarakat.

"Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan berpendapatan rendah (B40) dan menengah (M40) dengan dana sekitar RM1 bilion," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika melancarkan pelan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan belia berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi boleh mendaftar untuk menerima kredit RM200 mulai 26 Jun.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.