Oleh Fuad Hadinata
SHAH ALAM, 26 JULAI: Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan paling besar bagi membantu perkembangan agama Islam menerusi agihan kek ekonomi negeri.
Dato' Menteri Besar berkata selain jaringan masjid dan surau, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada sekolah agama, maahad tahfiz serta sekolah lain.
"Kita ada lebih 8,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Kafa Integrasi (Kafa-i) dan Kerajaan Negeri sentiasa jaga kebajikan guru dan sekolah agama selaras keperluan semasa," kata Dato' Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata demikian dalam program dalam program Sembang Katup Pintu malam tadi.
[caption id="attachment_582647" align="alignnone" width="766"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan Seminar Penghayatan Ihya' Ulumuddin sempena Festival Turath Islami Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]
Tambah beliau, Kerajaan Negeri membelanjakan sehingga RM2 bilion sejak 2018 menerusi pelbagai insentif, elaun, bantuan khas serta caruman kepada sektor pendidikan dan institusi dakwah termasuk sekolah agama, masjid dan surau.
Selain itu, Amirudin berkata Selangor juga mengambil pendekatan mendalami karya warisan Islam dengan menjalankan penterjemahan dan penerbitan buku.
"Kita sudah terbit dan terjemah lebih 50 naskhah buku dari Bahasa Arab, Bahasa Ingeris, Bahasa Jerman dan bahasa lain ke Bahasa Melayu kerana ingin tingkatkan pemikiran rakyat dalam pelbagai bahasa.
"Ia termasuk karya Imam Al Ghazali serta beberapa tokoh lain," katanya yang turut menjemput bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah ke negara ini.