ad
AGENSI

Persembahan artis popular di program PKNS Bangi hujung minggu ini

26 Jul 2023, 12:26 AM
Persembahan artis popular di program PKNS Bangi hujung minggu ini
Persembahan artis popular di program PKNS Bangi hujung minggu ini

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 JULAI: Peminat Tomok, Mus May dan Shiha Zikir berpeluang menyaksikan persembahan artis itu pada program Discovery Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Cyber Valley pada Sabtu ini.

Pengurus Komunikasi Korporatnya berkata program di pekarangan Kompleks PKNS Bangi bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam Sabtu dan bersambung pada 7 pagi hingga 6 petang Ahad.

"Selain persembahan artis, orang ramai turut berpeluang melihat pameran dan pertunjukan 'super car' yang menampilkan 17 kenderaan antaranya McLaren 570s, Audi R8 dan Mustang.

"Kita turut mengadakan pameran hartanah dan konsultasi percuma berkaitan pinjaman perumahan untuk pengunjung yang berminat," kata Muhammad Sobree Zainal Abidin ketika dihubungi.

Pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa motosikal Yamaha LC V8, telefon pintar, televisyen dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan hartanah PKNS dan program boleh hubungi bahagian jualan di talian 03-5525 0300/0187 atau WhatsApp (010-928 0187) atau lawan sesawang http://www.pkns.gov.my

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.