ad
PBT

MPK, JMB, KRT gotong-royong cegah denggi, tingkat kesedaran komuniti

24 Jul 2023, 11:43 AM
MPK, JMB, KRT gotong-royong cegah denggi, tingkat kesedaran komuniti
MPK, JMB, KRT gotong-royong cegah denggi, tingkat kesedaran komuniti

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 24 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama badan pengurusan bersama (JMB) pangsapuri dan kawasan rukun tetangga (KRT) bekerjasama dalam program gotong-royong mencegah pembiakan denggi di Pangsapuri Pendamar, Klang semalam.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan itu, program bertujuan melakukan pembersihan di kawasan perumahan selain meningkatkan kesedaran komuniti bahayanya denggi.

[caption id="attachment_594803" align="aligncenter" width="713"]
Penduduk bersama-sama mengadakan gotong-royong di Pangsapuri Pendamar, Klang pada 23 Julai 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang[/caption]

"Pelbagai aktiviti diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang awam seperti taklimat dan pengawalan demam denggi, pameran dan banyak lagi," katanya menerusi Facebook.

Lebih 120 orang terlibat dalam aktiviti itu termasuk Ahli Majlis, Pannir Selvum a/l Gopal serta Pengarah Kesihatan MPK, Azmi Muji.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif seperti One Hour Malaysia Clean Up dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat mampu mengurangkan kes denggi dengan adanya penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti gotong-royong.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.