Oleh SHAMZ JOHAN
AMPANG JAYA, 24 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yakin lebih 52 kebun komuniti yang diusahakan bersama penduduk berpotensi menjadi hab agropelancongan dan pendidikan pertanian.
Yang dipertuanya berkata pihak berkuasa tempatan sedia membantu menyediakan keperluan yang diperlukan penduduk untuk terus menjayakan kebun berkenaan.
[caption id="attachment_594652" align="aligncenter" width="761"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Dr Ani Ahmad ketika sidang media selepas merasmikan laman anggur Kebun Komuniti Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat, Ampang Jaya pada 23 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]
"Kita tidak mahu program kebun komuniti ini sekadar ada, tetapi kita mahu kebun ini terus berkembang, bertahan dan kekal.
"Jadi, kita akan bantu keperluan yang diperlukan penduduk dari semasa ke semasa," kata Dr Ani Ahmad, semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan laman anggur Kebun Komuniti Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat, di sini.
Selepas perasmian, Dr Ani turut mencuba menanam padi dan melawat kebun yang menempatkan pelbagai pokok bunga dan buah-buahan antaranya termasuklah tanaman vanila, nangka, mangga dan durian.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor Beverlien Christine dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Rumah Pangsa AU2, Halim Mohamad Said.
[caption id="attachment_594651" align="aligncenter" width="812"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Dr Ani Ahmad (tengah) menanam padi bersama penduduk selepas merasmikan laman anggur Kebun Komuniti Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat, Ampang Jaya pada 23 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]
Dr Ani berkata, MPAJ juga merancang untuk bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk membangunkan sungai sehingga menjadi lokasi tarikan pelancongan.
"Saya meninjau sungai bersebelahan kebun ini, dahulu airnya kotor dan keruh, tetapi selepas dibangunkan kebun, secara tidak langsung ia menghalang pembuangan sampah ke sungai ini," katanya lagi.
[caption id="attachment_594653" align="aligncenter" width="995"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Dr Ani Ahmad meninjau keadaan Sungai Klang bersebelahan laman anggur Kebun Komuniti Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat, Ampang Jaya pada 23 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]