ad
AGENDA

MB seru anak muda libat diri dalam sukan, elak pengaruh negatif

23 Jul 2023, 1:06 PM
MB seru anak muda libat diri dalam sukan, elak pengaruh negatif

OLEH FHATIHAH ZAKINAN

GOMBAK, 23 JULAI: Dato' Menteri Besar menyeru anak muda melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi mengelak pengaruh negatif di media sosial.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa.

"Melalui 'peers' atau rakan sebaya, dalam aktiviti sosial dan sukan, ini adalah penentu masa depan untuk menggalakkan perpaduan.

"Di sini, boleh sokong mana-mana dari pasukan, agama atau parti mana, kita boleh duduk sama-sama. Ini antara usaha kita memulihkan negara selepas pandemik," katanya.

Amirudin berkata demikian dalam ucapan Majlis Penutupan Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato' Seri Amirudin Shari,di KSL Sport Futsal, Batu Caves, di sini, hari ini.

Terdahulu, program anjuran Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima penyertaan 300 anak muda.

Hadir sama, Ketua Pemuda MIC Selangor, Sundaram Kuppusamy; Ketua Bahagian MIC Gombak, K Gobiraj dan rakan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.