ad
BUDAYA

Bingkai dan gambar

22 Jul 2023, 12:30 AM
Bingkai dan gambar

 

bingkai dan gambar itu

saling mengisi saling menghiasi

gambar mengindahkan kekosongan sebagai teman

bingkai menjaga kenangan sebagai tatapan depan

telah berkali-kali rindu menyaksikan

tiada lagi yang lebih sepadan - sefahaman

keduanya saling bertanya

memandang ke dalam mata

di tubuh rumah

dinding-dinding tertawasenyum

terpugai

dan

terpugai

 

J.r Jel

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.