ad
AGENDA

Selangor negeri tunggal beri insurans percuma, manfaat lebih 5 juta rakyat

21 Jul 2023, 11:53 AM
Selangor negeri tunggal beri insurans percuma, manfaat lebih 5 juta rakyat
Selangor negeri tunggal beri insurans percuma, manfaat lebih 5 juta rakyat

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 21 JULAI:  Seramai 5.24 juta rakyat Selangor menerima manfaat perlindungan insurans percuma kelolaan Kerajaan Negeri setakat 30 Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu mendapat sambutan menggalakkan dan enam juta rakyat disasar dilindungi Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang dimulakan sejak tahun lalu.

"Pelaksanaan INSAN di bawah kelolaan Kerajaan Negeri ini telah dimulakan sejak tahun lalu dan menerima sambutan yang amat menggalakkan.

"Selangor adalah satu-satunya negeri di Malaysia dan Asia Tenggara yang menanggung insurans percuma untuk seluruh rakyatnya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Polisi insurans kemalangan diri berkumpulan ditawar khusus untuk penduduk berusia antara 30 hari sehingga 80 tahun dengan premium ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri.

Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu memberi perlindungan insurans sehingga RM10,000 bagi kes hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.

Pendaftaran dilakukan melalui aplikasi Wavpay yang boleh dimuat turun di AppStore, Google Play atau Huawei App Gallery. Maklumat lanjut, layari programinsan.com.

Selangor turut menyediakan lebih 10 inisiatif kesihatan bawah pakej kebajikan Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.