ad
AGENDA

MBI serah modul tuisyen percuma kepada 260 sekolah, manfaat 65,000 calon SPM

21 Jul 2023, 7:15 AM
MBI serah modul tuisyen percuma kepada 260 sekolah, manfaat 65,000 calon SPM
MBI serah modul tuisyen percuma kepada 260 sekolah, manfaat 65,000 calon SPM
MBI serah modul tuisyen percuma kepada 260 sekolah, manfaat 65,000 calon SPM

SHAH ALAM, 21 JULAI: Serahan modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 260 sekolah dijangka selesai hujung bulan ini.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata modul berkenaan membantu 65,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini untuk meraih keputusan yang cemerlang.

[caption id="attachment_594225" align="aligncenter" width="706"] Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemui selepas majlis serahan modul Program Tuisyen Rakyat Selangor di SMK Seksyen 18 Shah Alam pada 21 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Daripada jumlah itu, 256 sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia manakala empat Sekolah Maahad Integrasi Tahfiz menerima modul PTRS.

"Kesemuanya membabitkan 334,000 modul bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains dan Matematik Tambahan untuk SPM tahun ini," kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Bercakap selepas menyerahkan modul PTRS kepada 46 sekolah dalam daerah Petaling di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 di sini, beliau turut memaklumkan kelas PTRS dijadual bermula awal Ogos.

[caption id="attachment_594220" align="aligncenter" width="713"] Wakil 46 sekolah dalam daerah Petaling mendapatkan modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di SMK Seksyen 18 Shah Alam pada 21 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Pada 6 Julai lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan bilangan pelajar yang mendapat manfaat program tuisyen percuma meningkat 10 kali ganda sejak pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) menyelaras inisiatif itu dengan 65,000 mengikutinya setakat ini.

Tahun lalu, sebanyak RM7 juta diperuntuk untuk menjayakan PTRS bagi memantapkan pengisian portal http://ePTRS.my dan mengukuhkan kemahiran guru.

Program itu diperkenal secara dalam talian bagi membantu pelajar ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.