ad
ADN

Lebih RM74,000 diperuntuk ganti bumbung Masjid Nurul Iman

21 Jul 2023, 7:12 AM
Lebih RM74,000 diperuntuk ganti bumbung Masjid Nurul Iman
Lebih RM74,000 diperuntuk ganti bumbung Masjid Nurul Iman

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 21 JULAI: Kerja menggantikan bumbung  Masjid Nurul Iman, Rawang selesai dijalankan bulan lalu membabitkan kos RM74,686.00.

Penyandang DUN Rawang, Chua Wei Kiat berkata pihaknya berterima kasih di atas peruntukan itu yang dapat memberi manfaat buat penduduk sekitar kawasan itu.

"Terima kasih kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong yang meluluskan peruntukan untuk naik taraf masjid bersejarah ini.

[caption id="attachment_594223" align="aligncenter" width="769"] Bumbung Masjid Nurul Iman, Rawang selesai diganti pada Jun 2023 melibatkan peruntukan RM74,686. Foto Chua Wei Kiat[/caption]

"Masjid ini dikenali ramai, sebagai masjid lama dan bersejarah bangunannya perlu dinaik taraf," katanya sambil menambah pihaknya memahami keadaan dan keperluan penduduk tanpa mengira kaum.

"Tanpa mengira kaum, kita turunkan (beri) peruntukan supaya masalah penduduk dapat diselesaikan," katanya.

Masjid Nurul Iman siap dibina pada 1960 dan mampu menempatkan 1,000 jemaah dalam satu masa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.