ad
AGENSI

Sertai pertandingan sketsa perpaduan di jelajah 'Kitakan Selangor' Ahad ini

20 Jul 2023, 1:30 PM
Sertai pertandingan sketsa perpaduan di jelajah 'Kitakan Selangor' Ahad ini
Sertai pertandingan sketsa perpaduan di jelajah 'Kitakan Selangor' Ahad ini

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 20 JULAI: Pertandingan sketsa perpaduan dan memasak menu tradisi antara program menarik menanti orang ramai sempena Jelajah Mini Fiesta Integrasi Perpaduan 'Kitakan Selangor' 2023 Ahad ini.

Program anjuran Majlis Perpaduan Negeri Selangor (MPIS) di Dewan Sri Putra, Banting bermula 7 pagi sehingga 6 petang turut menyajikan reruai jualan dan pameran daripada agensi kerajaan.

“Aktiviti lain yang bakal menanti pengunjung termasuklah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan pakaian tradisi pameran kereta dan cabutan bertuah.

“Penyertaan bagi semua acara adalah percuma dan pemenang bakal menerima hadiah wang tunai, piala dan sijil penyertaan,” maklum MPIS di Facebook.

Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/3ru2zkh atau hubungi 010-5099 116 (Suhana) untuk maklumat lanjut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.