ad
AGENDA

PM, MB sambut Maal Hijrah bersama ratusan penduduk Tanjong Karang

19 Jul 2023, 4:43 PM
PM, MB sambut Maal Hijrah bersama ratusan penduduk Tanjong Karang
PM, MB sambut Maal Hijrah bersama ratusan penduduk Tanjong Karang
PM, MB sambut Maal Hijrah bersama ratusan penduduk Tanjong Karang

KUALA SELANGOR, 20 JULAI: Ratusan penduduk hadir ke sambutan Maal Hijrah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Raja Musa, Tanjong Karang di sini malam ini.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis yang diadakan di kediaman penduduk, Surteni Mat Sahri.

[caption id="attachment_593887" align="alignnone" width="969"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyambut kehadiran Perdana Menteri ke majlis sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa, Tanjong Karang pada 19 Julai 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Kehadiran Anwar disambut meriah dengan paluan kompang dan beliau juga sempat berswafoto dengan penduduk.

Sepanjang majlis, penduduk sanggup berdiri dan mendengar ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu di skrin gergasi.

[caption id="attachment_593888" align="alignnone" width="823"] Orang ramai menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang melalui skrin gergasi di Kampung Raja Musa, Tanjong Karang pada 19 Julai 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Anwar dalam ucapannya turut menyuarakan kegembiraan dengan kehadiran penduduk selain kemesraan yang ditunjukkan antara satu sama lain.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.