ad
AGENDA

PRN: Gabungan HARAPAN-BN beri impak luar biasa, gelombang baharu

19 Jul 2023, 2:32 PM
PRN: Gabungan HARAPAN-BN beri impak luar biasa, gelombang baharu

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LANGAT, 19 JULAI: Gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) bakal memberi impak luar biasa dan gelombang baharu pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor kali ini.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga berkata persaingan kali ini menumpu kepada pembentukan kerusi Kerajaan Perpaduan berbanding komponen HARAPAN sahaja pada pilihan raya lalu.

"Kita Kerajaan Perpaduan, dulu kita fokus HARAPAN sahaja, kali ini kerusi KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat), DAP, Amanah dan BN.

"Kekuatan HARAPAN bersama BN ini pasti memberi gelombang baharu yang kita tunjukkan untuk terus diterajui HARAPAN dan Kerajaan Perpaduan," kata Rodziah Ismail.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke tapak Projek Reban Ayam Daging Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Tanjung Sepat di sini.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat A Razak Khasbullah; Pengurus Besar PPK Kuala Langat merangkap pengusaha projek reban ayam Ahmad Firdaus Abdul Halim; Pengarah Kumpulan Ramly Siti Hayu Ramly.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.