ad
ADN

Bantuan persekutuan, negeri ringan beban pesawah Sungai Panjang

19 Jul 2023, 10:30 AM
Bantuan persekutuan, negeri ringan beban pesawah Sungai Panjang
Bantuan persekutuan, negeri ringan beban pesawah Sungai Panjang

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

SHAH ALAM, 19 JULAI: Bantuan disalur Kerajaan Selangor dan Persekutan meringankan beban pesawah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang ketika hasil padi tidak menentu ketika ini.

Penyandang kerusi DUN berkata selain pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan nasib pesawah terus mendapat pembelaan.

[caption id="attachment_531128" align="alignleft" width="341"] Penyandang kerusi DUN Sungai Panjang Dato’ Mohd Imran Tamrin[/caption]

"Terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri kerana terus prihatin dengan nasib masyarakat luar bandar khususnya kepada golongan pesawah di DUN Sungai Panjang.

"Terbaru, bantuan kerajaan pusat RM3.9 juta membuktikan kerajaan persekutuan prihatin nasib pesawah di jelapang padi selangor ini untuk terus berdaya saing meningkatkan hasil pengeluaran padi.

"Segala bantuan ini pastinya meringankan beban dan kelangsungan hidup mereka," kata Dato' Mohd Imran Tamrin.

Semalam, perdana menteri mengumumkan bantuan khas tunai RM3.9 juta kepada 6,511 pesawah ketika merasmikan Program Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor di Sekinchan.

Belanjawan 2023 memperuntukkan bantuan khas sumbangan tunai RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan kepada pesawah padi bagi tempoh tiga bulan semusim.

Mohd Imran turut memuji tindakan pantas Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shaari yang memberi bantuan segera kepada pesawah ketika dilanda bencana alam.

"Dua kali pesawah di DUN Sungai Panjang dilanda musibah ketika banjir dan ribut yang menyebabkan kerosakan tanaman padi. Mujurlah bantuan segera Kerajaan Negeri telah melegakan pesawah ketika itu.

"Selain itu, terima kasih juga pemberian bantuan tunai RM300 dan RM200 Input Pertanian kepada pesawah sebelum ini," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.