ad
AGENDA

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 26 Julai

19 Jul 2023, 9:17 AM
Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 26 Julai

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel akan kekal bagi tempoh 20 hingga 26 Julai ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut memberi jaminan bahawa ia akan memantau secara berterusan kesan perubahan harga minyak dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.