ad
AGENDA

PM pesan perbaharui azam, kukuh perpaduan sempena Maal Hijrah

19 Jul 2023, 8:31 AM
PM pesan perbaharui azam, kukuh perpaduan sempena Maal Hijrah

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.

“Semoga pada awal tahun baru hijrah ini kita semua dapat memperbaharui azam dan tekad mengukuhkan lagi solidariti umat dalam meningkatkan melakukan islah dan pembaharuan demi pertiwi yang tercinta ini,” kata beliau menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini.

Anwar turut menjunjung kasih atas keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M.

Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.