SHAH ALAM, 19 JULAI: Pentadbiran Selangor memperkenal Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) bagi menggalakkan belia terutama kurang berkemampuan terlibat dalam sektor p-panggilan.
Sejak dilaksana pada 2020, inisiatif tersebut memanfaatkan ribuan pekerja dan mendapat
mendapat permintaan tinggi sehingga mencecah lebih 14,000 permohonan.
Menerusinya, peserta boleh memohon subsidi lesen B2 bernilai RM350, mengikuti kursus (RM200) dan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi setahun sebanyak RM70.
Peserta bawah RiDE turut menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50 berserta caruman Skim Insurans Am Selangor (INSAN) sehingga RM10,000.
Laporan lengkap berhubung RiDE yang terangkum dalam kad prestasi lima tahun negeri boleh dibaca dan dimuat turun di pautan amirudinshari.com.