SHAH ALAM, 18 JULAI: Hadiah wang tunai bernilai lebih RM45,000 menanti pemancing pada Pertandingan Surfcasting Pantai Kelanang , September depan.
Menurut Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Facebook, pertandingan itu sempena ulang tahun ketiga pengiktirafan perbandaran pihak berkuasa tempatan berkenaan.
Pertandingan yang dijadual berlangsung pada 10 September bermula 2 hingga 6 petang dengan yuran penyertaan RM100 untuk setiap joran.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, tempat kedua (RM3,000), tempat ketiga (RM2,000) sementara tempat keempat hingga 15 bakal menerima RM1,000.
Sementara itu, tempat ke-16 hingga 30 turut berpeluang membawa pulang RM500, manakala tempat ke-31 hingga 120 akan menerima RM200 setiap seorang.
Sebarang pertanyaan mengenai acara itu boleh hubungi talian 012-214 1401, 019-620 3040, 012-682 3479 atau 012-652 1592.