ad
ADN

Belanja RM40,000 bina pagar penghadang, tingkat keselamatan penduduk

18 Jul 2023, 12:30 PM
Belanja RM40,000 bina pagar penghadang, tingkat keselamatan penduduk
Belanja RM40,000 bina pagar penghadang, tingkat keselamatan penduduk

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 18 JULAI: Projek pembinaan pagar anti panjat sepanjang 100 meter di Jalan SS 9A/19, Petaling Jaya siap dibina dengan kos RM40,000 pada 13 Julai.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku berkata kemudahan berkenaan dibina bagi melindungi penduduk atau pekerja pembersihan daripada risiko terjatuh ke cerun.

"Ini merupakan projek ketiga bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) yang mula dibina pada 24 Mei dan siap sepenuhnya 13 Julai lalu dengan peruntukan RM40,000.

"Selain daripada menjadi penghadang keselamatan, pagar ini dapat menghalang pembuangan sampah haram ke dalam cerun berkenaan," kata Lim Yi Wei hari ini.

[caption id="attachment_593639" align="aligncenter" width="815"] Pagar anti panjat sepanjang 100 meter dibina di Jalan SS 9A/19, Petaling Jaya agi melindungi penduduk atau pekerja pembersihan daripada risiko terjatuh ke cerun selain menghalang kegiatan pembuangan sampah haram. Foto Lim Yi Wei[/caption]

Beliau berharap projek ini meningkatkan keselamatan penduduk dan pengguna jalan tersebut selain dapat membanteras kegiatan pembuangan sampah haram.

Sebelum ini, dua lagi PSP siap dilaksanakan membabitkan projek naik taraf sistem saliran di pasar Taman SEA dengan kos RM50,000 dan baik pulih bumbung serta kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA (RM62,300).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.