ad
AGENDA

Portal PRN Selangor papar perkembangan, keputusan masa nyata 56 DUN

18 Jul 2023, 2:10 AM
Portal PRN Selangor papar perkembangan, keputusan masa nyata 56 DUN

SHAH ALAM, 18 JULAI: Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) memperkenal portal khas yang memuatkan perkembangan pilihan raya negeri (PRN) termasuk keputusan masa nyata setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Portal yang boleh dicapai melalui prnselangor.my turut menampilkan ciri lain antaranya maklumat 56 kerusi DUN, statistik dan manifesto parti.

Ia turut dilengkapi fungsi analisis yang memaparkan perbandingan data semua kerusi merangkumi penyandang, jumlah dan demografi pengundi, pola pengundian serta sejarah pilihan raya.

Dibangunkan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), portal itu dilancar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di pejabat Media Selangor pada 10 Julai.

“Portal khas ini bertujuan bukan sahaja untuk menyampaikan berita dan perkembangan terkini PRN tetapi projek perintis kepada pelaporan berdasarkan data dan analisis,” katanya.

Ia boleh diakses bermula 10 Julai, dengan orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berhubung panduan dan semakan mengundi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.