ad
AGENSI

Yide terima sumbangan apron pakai buang bernilai RM50,000

17 Jul 2023, 3:06 AM
Yide terima sumbangan apron pakai buang bernilai RM50,000

SHAH ALAM, 17 JULAI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerima sumbangan sebanyak 36,100 apron pakai buang bernilai RM50,000 daripada Worldwide Holdings Berhad, baru-baru ini.

Sumbangan itu diserahkan untuk kegunaan enam cawangan pusat dialisis kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Yide menzahirkan ucapan terima kasih kepada Worldwide Holdings Berhad atas sumbangan yang diberikan ini,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Kamal Zaharin Nazir kepada Pengurus Besar Yide, Nur Mohd Razali Abdullah di Pusat Dialisis Mais Bukit Jelutong.

Turut hadir Pengurus Operasi Bahagian Pusat Dialisis Mais, Nor Hafzam Mohamad dan Pengurus Kanan Barangan Perubatan Worldwide Medivest Sdn Bhd, Zulkefli Mohd Noor.

Yide merupakan anak syarikat Mais yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.