ad
AGENDA

Tolak parti amal perkauman sempit, kekalkan kerajaan sedia ada di Selangor

13 Jul 2023, 4:27 AM
Tolak parti amal perkauman sempit, kekalkan kerajaan sedia ada di Selangor

KUALA SELANGOR, 13 JULAI: Rakyat perlu tegas menolak parti yang mengamalkan perkauman sempit dan menyentuh sensitiviti agama daripada mentadbir negeri atau negara.

Ahli majlis tertinggi Umno berkata sentimen itu sering dimainkan pembangkang kononnya kerajaan perpaduan mengikut telunjuk DAP, yang juga gabungan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menafikan perkara itu, Lokman Noor Adam menjelaskan parti berkenaan dilihat menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan serta menghormati hak istimewa Melayu.

"Perikatan Nasional (PN) kuat main sentimen kononnya bawah kerajaan perpaduan, Islam akan terancam dan diabaikan. Sekarang saya nak tanya berapa ramai Islam dimurtadkan oleh DAP? Tiada.

"Berapa banyak sekolah tahfiz yang ditutup? Tiada. Malah, DAP sendiri bagi jaminan mereka hormat apa yang terkandung dalam perlembagaan dan kontrak sosial," katanya.

Berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang malam tadi, Lokman berkata Selangor jauh mengatasi negeri lain dengan prestasi pelaburan tertinggi tahun lalu.

"Pelaburan di Selangor mencanak naik daripada negeri lain, lebih maju. Justeru, pada pilihan raya negeri kali ini kita harus pastikan kerajaan sedia ada dikekalkan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.