ad
AGENDA

Sedia depani PRN, ribuan penyokong laung semangat perpaduan

12 Jul 2023, 4:07 PM
Sedia depani PRN, ribuan penyokong laung semangat perpaduan
Sedia depani PRN, ribuan penyokong laung semangat perpaduan

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

KUALA SELANGOR, 12 Julai: Lebih seribu penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) hadir di Jelajah Madani peringkat DUN Bukit Melawati malam tadi.

Program yang berlangsung di tapak parkir pekan Kuala Selangor menyaksikan kehadiran penyokong yang terdiri pelbagai kaum dan peringkat usia.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli, Ketua Penerangan Fahmi Fadzil, Pengarah Strategi Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Pengerusi HARAPAN negeri Dato' Seri Amirudin Shari.

Laungan semangat perpaduan turut kedengaran dengan sorakan daripada penyokong setiap kali mendengar ucapan pemimpin di pentas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi pilihan raya negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai, sementara pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

[caption id="attachment_592581" align="aligncenter" width="715"] Pemimpin dan penyokong yang hadir Jelajah Madani Harapan peringkat DUN Bukit Melawati di tapak parkir pekan Kuala Selangor pada 12 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.