ad
ADN

DUN Seri Setia manfaat RM1 juta dana projek Selangor Penyayang tingkat prasarana awam

12 Jul 2023, 4:39 AM
DUN Seri Setia manfaat RM1 juta dana projek Selangor Penyayang tingkat prasarana awam
DUN Seri Setia manfaat RM1 juta dana projek Selangor Penyayang tingkat prasarana awam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 12 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia memanfaatkan peruntukan RM1 juta di bawah projek Selangor Penyayang (PSP) untuk membaik pulih masjid, dewan serbaguna sekolah, perpustakaan dan tadika.

Penyandang kerusi DUN Seri Setia Halimey Abu Bakar berkata dana sama turut dibelanjakan bagi melaksanakan kerja turapan jalan di Lembah Subang 1 dan 2 yang memberi keselesaan kepada ramai pengguna.

Menurutnya, kemudahan sukan turut dinaik taraf seperti gelanggang sepak takraw di Balai Polis Kelana Jaya dan gelanggang futsal Kampung Lindungan yang dilaksanakan serentak dengan projek baik pulih perpustakaan.

[caption id="attachment_588089" align="aligncenter" width="812"] ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar ditemui di Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Seri Setia di Tapak Pasar Tani Kelana Jaya pada 19 Jun 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

“Saya juga menyalurkan peruntukan dimohon persatuan penduduk untuk membaiki pusat komuniti membabitkan penggantian bumbung, kabin dan khemah.

“Semua projek ini memberi kelegaan kepada penduduk yang mengharapkan kemudahan selesa,” katanya ketika dihubungi.

Belanjawan Selangor memperuntuk RM28 juta bagi mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat melalui penyediaan projek kecil bawah projek Selangor Penyayang.

Keutamaan projek itu melibatkan penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.