ad
ADN

DUN Sungai Ramal salur RM4,000 tampung kos turap jalan di Pangsapuri Sri Tanjung

12 Jul 2023, 1:00 AM
DUN Sungai Ramal salur RM4,000 tampung kos turap jalan di Pangsapuri Sri Tanjung

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 12 JULAI: Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Tanjung menerima sumbangan RM4,000 daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal bagi menampung kos menurap jalan.

Penyandang kerusi DUN Sungai Ramal Mazwan Johar berkata sumbangan berkenaan juga sebagai tanda  menghargai kesungguhan JMB mengurus bangunan dan kebersihan pangsapuri berkenaan.

"Sumbangan ini diberikan kerana Pangsapuri Sri Tanjung antara yang terbaik di dalam DUN Sungai Ramal dari segi tahap kebersihan serta pengurusan perumahan tersebut.

"Jadi ini sebagai satu pengiktirafan kepada JMB dan penduduk di kawasan tersebut selain meringankan beban mereka untuk menurap jalan yang bermasalah di kawasan pangsapuri berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Mazwan memaklumkan, JMB bekenaan kini masih mengumpul dana sebelum menjalankan projek penurapan jalan tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.