ad
AGENDA

Sekinchan terima pelancong sekali ganda selepas lebuh raya baharu siap

11 Jul 2023, 8:02 AM
Sekinchan terima pelancong sekali ganda selepas lebuh raya baharu siap
Sekinchan terima pelancong sekali ganda selepas lebuh raya baharu siap
Sekinchan terima pelancong sekali ganda selepas lebuh raya baharu siap

SHAH ALAM, 11 JULAI: Sekinchan dijangka menerima pertambahan lebih sekali ganda jumlah pelancong apabila Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya pada akhir 2025.

Penyandang kerusi DUN Ng Suee Lim menjelaskan pekan kecil itu bakal menjadi destinasi rehat dan rawat (R&R) paling diminati pengguna lebuh raya terbabit.

[caption id="attachment_343088" align="alignleft" width="267"] Penyandang kerusi DUN Sekinchan Ng Suee Lim[/caption]

"Pembangunan WCE di bahagian Sekinchan hampir selesai. Selepas siap nanti, ramai pengguna yang melewati Sekinchan akan singgah di R&R (rehat dan rawat) termasuk kawasan pelancongan sebelum ke destinasi lain.

"Mereka boleh menikmati pelbagai makanan laut yang enak di hentian yang dipanggil Anjung Best Food Sekinchan," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut memaklumkan persatuan kampung di kawasan itu akan digerakkan untuk mendirikan warung dan restoran di sepanjang Jalan Parit 7,8 dan 9.

"Kita mahu galakkan mereka berkecimpung dalam industri makanan di R&R berkenaan sekali gus menjadikan hentian itu sebagai lokasi titik panas (hotspot) makanan untuk orang ramai," katanya.

[caption id="attachment_326777" align="alignnone" width="750"] Sebahagian jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). Foto BERNAMA[/caption]

Sebelum ini, EXCO Pelancongan Hee Loy Sian menjangkakan jumlah pelancong ke Selangor melebihi 3.5 juta tahun ini, dengan pelancongan agro di Sekinchan antara yang turut menjadi tumpuan.

WCE bagi jajaran Selangor dan Perak yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 sejauh 316 kilometer dibina di sepanjang pesisiran pantai barat Semenanjung bagi memudahkan penduduk setempat dan pengguna lebuh raya ke utara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.