ad
ADN

Calon diingat kempen secara bersih, elak sentuh isu perkauman

10 Jul 2023, 3:55 AM
Calon diingat kempen secara bersih, elak sentuh isu perkauman

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 10 JULAI: Calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) diharap tidak menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sepanjang tempoh berkempen.

Sebaliknya, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata calon perlu berkempen secara bersih dan berhemah untuk meraih sokongan pengundi.

"Saya juga berharap calon setiap parti dan gabungan berkempen secara bersih dan berhemah serta elak berkempen dengan niat mengelirukan dan memecahbelahkan rakyat," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mengingatkan pengundi di Selangor untuk menjalankan tanggungjawab pada 12 Ogos nanti dengan memilih calon yang mempunyai prestasi baik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai, sementara pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.