ad
AGENSI

Permohonan insentif haji dibuka hingga 29 Ogos, 3,000 jemaah layak terima

7 Jul 2023, 12:47 PM
Permohonan insentif haji dibuka hingga 29 Ogos, 3,000 jemaah layak terima

HULU LANGAT, 7 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membuka permohonan Insentif Haji Muassasah kepada jemaah negeri ini sehingga 29 Ogos.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporatnya berkata dokumen permohonan boleh dihantar ke Café LG, Bangunan Darul Ehsan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pada setiap Isnin dan Selasa.

“Mereka yang sudah mengerjakan ibadah haji boleh membuat permohonan dengan menghantar dokumen diperlukan di kaunter disediakan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau ditemui di Karnival Perpaduan Malaysia Madani Kita Selangor di Laman Niaga Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan seramai 3,000 jemaah menerima Insentif Haji Muassasah berjumlah RM500 khusus untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif melalui MBI turut mengagihkan kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-55138898 (CSR) atau emel [email protected].

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.