ad
AGENDA

Jentera HARAPAN DUN Taman Medan dilancar, rakyat beri sokongan meski hujan

5 Jul 2023, 3:00 PM
Jentera HARAPAN DUN Taman Medan dilancar, rakyat beri sokongan meski hujan

PETALING JAYA, 5 JULAI: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melancarkan jentera pilihan raya dan bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan di sini malam ini.

Meski hujan sebelum acara itu bermula jam 9 malam, ratusan orang membanjiri padang Desa Mentari 3, Jalan PJS 2D/1 di sini dalam program Jelajah Madani peringkat DUN berkenaan.

Pemimpin yang hadir antaranya Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim dan Ketua Cabang Petaling Jaya Hee Loy Sian.

Turut sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, penyandang DUN Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan penyandang DUN Seri Setia Halimey Abu Bakar.

Siri Jelajah Madani bermula di DUN Sikamat, Negeri Sembilan. Jelajah sama berlangsung di Kedah pada 8 Julai membabitkan DUN Suka Menanti, Gurun, Bukit Selambau, Sidam dan Kulim.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.