ad
AGENDA

Gotong-royong mega hapus Aedes di Batu Caves 9 Julai

5 Jul 2023, 6:14 AM
Gotong-royong mega hapus Aedes di Batu Caves 9 Julai

SHAH ALAM, 5 JULAI: Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 peringkat kebangsaan antara program besar yang bakal mewarnai pelancaran Madani Afiat di Dewan Rakyat Batu Caves pada 9 Julai.

Dijadual berlangsung mulai 7 pagi hingga 2 petang, program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut diadakan bersekali dengan ‘One Hour Malaysia Clean Up’.

Pelbagai acara menarik disediakan seperti permainan e-sukan, Sony PlayStation 5 (PS5) dan Sony PlayStation 4 (PS4) serta VR PlayStation.

Pengunjung juga boleh menyertai program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) bagi mengesan kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) secara percuma pada hari sama.

Turut dilaksana ialah ujian Human Papillomavirus (HPV) bagi mengesan kanser serviks. Tidak ketinggalan ujian kanser payudara menerusi van bergerak Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.