ad
PBT

MPSepang anjur pemeriksaan kesihatan percuma sempena Hari Tanpa Kenderaan Sabtu ini

5 Jul 2023, 3:04 AM

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 5 Julai: Pemeriksaan kesihatan percuma dan kempen kitar semula antara program menarik menanti orang ramai sempena Hari Tanpa Kenderaan progam anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Sabtu ini.

Bertempat di Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, program yang dijadualkan bermula 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari turut menyajikan aktiviti riadah seperti fun walk, fun ride, fitness dance dan permainan Soopa Doopa.

“Aktiviti lain yang bakal menanti pengunjung termasuklah pameran parrot, table gam, giant bubble, pameran denggi dan jualan makanan.

“Kempen Kesedaran Kitar Semula turut dijalankan dengan kaunter jual beli kitar semula turut dibuka,” maklum MPSepang di Facebook hari ini.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Tanah Sepang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang, Pejabat Penerangan Daerah Sepang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sepang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.