ad
AGENSI

Jualan murah DUN Sementa di 50 lokasi manfaatkan lebih 20,000 penduduk

3 Jul 2023, 9:33 AM
Jualan murah DUN Sementa di 50 lokasi manfaatkan lebih 20,000 penduduk
Jualan murah DUN Sementa di 50 lokasi manfaatkan lebih 20,000 penduduk
Jualan murah DUN Sementa di 50 lokasi manfaatkan lebih 20,000 penduduk

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

KLANG, 3 JULAI: Program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) yang berlangsung di 50 lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa memanfaatkan lebih 20,000 keluarga.

Pegawai Khas Penyelaras DUN Sementa Suzila Hanim Salleh berkata angka itu direkodkan menerusi penganjuran jualan murah sejak Disember lalu hingga hari ini.

Katanya, kebanyakkan pengunjung amat berpuas hati dengan inisiatif Kerajaan Negeri membantu meringankan bebanan mereka dan mahu program berkenaan diteruskan.

[caption id="attachment_590731" align="aligncenter" width="710"]  Pengawai Khas Penyelaras DUN Sementa, Suzila Hanim Salleh pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sementa di Dewan MPKK Kerayong 2, Kapar, Klang pada 3 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan malah ramai penduduk mahu inisiatif JER diteruskan terutamanya dalam kalangan B40," katanya.

Ditemui pada jualan murah di Balai MPKK Kerayong 2 di sini, Suzila memaklumkan kesemua barangan habis dalam tempoh kurang dua jam.

"Lebih 300 pengunjung hadir hari ini bagi mendapatkan 400 ayam, 300 pek ikan, 300 papan telur, 300 pek daging, 300 kampit beras dan 150 pek minyak yang habis terjual dalam tempoh satu jam setengah," katanya,

JER menjual seekor ayam standard RM10, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Jualan yang dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat sebelum ini, akan diteruskan sehingga hujung tahun ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

[caption id="attachment_590705" align="aligncenter" width="762"] Penduduk tiadak melepaskan peluang membeli barangan keperluan dapur pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Sementa, Klang pada 3 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.